h1

Menara Kuala Lumpur

November 3, 2009

Pada mulanye tak de la beriya sangat nak pegi Menara KL ni.. tapi disebabkan hadiah cabutan bertuah masa sukan Tadika Amni hampir luput (15.11.2009) kami mengambil keputusan pegi Menara KL walaupun Syida baru habis pantang.. Baby twin ditinggalkan dgn maid kat rumah, hanya Amni & Arham yg ikut..

Perjalanan berpandukan GPS phone Syida.. walaupun tersasar sedikit, tp dengan kebijaksanaan GPS tu, kitorg kembali pd landasan yg betul..

Lepas parking je, terus bergambar di bawah cahaya matahari terik.

familykltowerbaru1

Lepas tu, apa lagi Amni & Arham la yg paling excited nak naik… sampai je tak atas, Amni  pun tanye “Amni nak naik KL Tower!!” aku pun ketawa dan bagi tau yg dia skrg berada dalam KL Tower.. mgkn dia tak dapat nak bayangkan yg dia sebenarnye berada dipuncak KL Tower.. bile dah nampak bangunan2 dan kereta yg kecik kat bawah, baru lah dia tersengih2 mengiyakan yg dia kat puncak menara..

amni n klcc1

Amni bergambar berlatarbelakangkan bangunan KLCC

amniarhamtower1

Masa tengok kat bawah, terasa kerdil diri ini melihat betapa keciknye kita disisi Allah bile tengok bangunan, kereta dan manusia yg amat kecik bile dilihat dari menara.. Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa…

amnitunjuk

Lepas beberapa kali berpusing2 dan menikmati pemandangan cantik ciptaanNya, kitorang pun turun lift dan balik rumah..amnilebah1arhamtelefon

Bile dah sampai kat lobby bawah tu, ada lak pameran lebah dan madu lebah asli dan pameran sejarah telekomunikasi kat Malaysia..layan je laa..

arham1

Arham tengah tunggu jagung rebus untuk santapan sebelum balik..

syidaamniarham1

Sempat lagi berposing sblm balik.

Lepas tu, kitorg terus ke Bangsar (opis aku) sebab nak kemas bilik opis (baru pindah bilik) dan tujuan sebenarnye nak minta pandangan interior designer aku (Syida la) utk bagi nasihat utk mencantikkan bilik aku yg mandum tu.. lebih2 lg sempena opis aku nak daptkan sijil 5S MPC bulan 12 ni..

h1

Check Up Twin

October 30, 2009

twin

24.10.2009 – Check up twin kat Columbia Seremban. ‘Ammar masih ada kuning lagi. Doktor amik keputusan utk cek lagi darah ‘Ammar utk pastikan kenapa kuning lama sangat melebihi sebulan,,

Petang tu doktor telefon inform result liver function test. Dia kata hempedu ‘Ammar kandungannya agak likat dan mgkn salurannye kecil dan perlu follow up dalam seminggu utk buat ultrasound. Aku dah agak risau tp doktor kata benda ni tak serius dan tak perlu bimbang..

ammar

‘Ammar – Weight: 2.96kg, Length: 52cm, Head:34cm

Asmaa’ – Weight: 3.55kg, Length: 52cm, Head:36cm

h1

Twin at Rokan

October 30, 2009

twin at rokan1

Kali pertama twin balik kampung aku, Bukit Rokan, Gemencheh,N.S, setelah lebih sebulan dilahirkan..

Disamping tu jugak, melawat bapak aku yang kurang sihat sejak akhir2 ni disebabkan penyakit kanser hati.. mgkn bile tengok baby twin dia bleh mengubat rindu dia kat cucu2 nye..

h1

Birthday Syida

October 30, 2009

kek

Birthday Syida pada 26.10.2009 disambut kat rumah Nilai. Kebetulan masa nak potong kek, ada tetamu yang datang, Abang Syida yg duduk kat Kota Seriemas. So, meriah la skit hari tu..

Hiasan 2 baby kat kek tu saje aku beli utk memeriahkan rupabentuk kek disamping simbolik kelahiran anak kembar, ‘Ammar n Asmaa’

Semoga Syida dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikekalkan dalam keimanan dan keberkatan..Aminn..

h1

New Pictures – ‘Ammar & Asmaa’

October 18, 2009

Ni gambar terbaru twin berumur dalam sebulan..

STUDIO1studio2studio3studio4

h1

Perkembangan Twin

October 16, 2009

Rasanye dah lama tak updat blog ni. Maklumlah buat masa ini sibuk menguruskan baby twin ‘Ammar & Asmaa’. Alhamdulillah setakat ini twin sihat walafiat dan tiada sebarang masalah kesihatan yg besar. Minta2 tak de apa2 la..

AKIKAH TWIN 10.10.2009

Seperti yg dirancang, akikah diadakan pada 10.10.2009 (Sabtu) di Kg Kuala Pah, Jelebu. Seekor lembu dikorbankan untuk tunggangan bersama diakhirat kelak bersama 2 orang lagi sepupunye (anak adik Syida, Ajmal & Wafaa’). So, untuk memudahkan kerja kami semua (emak bapak yg nak akikahkan anaknye ni), kami berpakat utk buat katering lembu seekor tu. Maknanye, lepas sembelih pihak ladang tu yg menguruskan masakan lauk pauk bagi seekor lembu akikah tu.. so, kat kampung hanya perlu masak masakan sampingan je..

Alhamdulillah sumer berjalan lancar kepenatan pun kurang sebab tak payah nak menguruskan seekor lembu tu.. fuhh! lega..

Yang menariknye, masa cukur/potong rambut/jambul tu, org ramai terpaksa la bersabar sebab ada 4 org baby yg perlu dipotong jambulnye.. meriah la pulak..

Twin tak de masalah masa potong jambul sebab diorg tido ngan nenyaknye..

Ni antara gambar yg diambil masa majlis akikah tu..

telur

pulut

asmaa'

Asmaa’ sebelum dicukur/potong jambul

ammar

‘Ammar nyenyak tido..

DSC_0132

Syaraf Ajmal

DSC_0086

Nour Wafaa’ Maisarah

DSC_0077

Twin tengah potong jambul

DSC_0096

Marhabannn!! ya Marhabannnnn!!

h1

Aksi-aksi Amni & Arham – Syawal 2009

October 3, 2009

amniarhamamni1arham1

Setelah Amni & Arham (A & A) duduk dikampung sejak seminggu sebelum raya, hari Jumaat lepas mentua hantar diorg kat Nilai.. sunyi gak bile A & A tak de kat rumah.. gambar ni masa A & A baru balik beraya kat rumah abang ipar kat Kota Seriemas.. sbb A & A masih pakai baju raya, aku pun tanpa buang masa amik kamera dan shot gambar2 ni sblm mood diorg hilang utk bergambar..

h1

Asmaa’ & ‘Ammar

October 1, 2009

Asmaa’ As-Syaafiyah dan ‘Ammar As-Syaafi.. itulah nama baby twin. Masih mengekalkan huruf A utk nama pertama.. my first daughter Amni and 2nd Arham..

Maksudnye?.. Asmaa’ – beautiful, radiant face, As-Syaafiyah – Penawar, healthy; ‘Ammar - pious, calm, As- Syaafi  – Penawar, healthy..

h1

Kullu ‘am wa antum bi khair..

October 1, 2009

Salam, masih belum terlambat utk ucapkan Selamat Hari Lebaran… tak sempat nak update blog sbb busy with the twin.. kluar masuk hospital sebab jaundice (kuning)..

Baby twin baru keluar wad pada 29.9.2009 iaitu tarikh lahir aku.. baby twin adalah hadiah birthday aku yg paling berharga buat aku..

Sebelum tu, baby boy admitted sehari sebelum raya kat Columbia Hospital dan discharged pd petang raya pertama, fuhh!!

Sekarang baby twin ada kat Nilai sebelum dibawa balik ke Jelebu sementara menanti bibik balik dr Indon (harap2 dia balik)..

Raya tahun ni tak ke mana2.. hanya duk di Jelebu dan balik sekejap ke Moncheh pd raya pertama..

Gambar raya pun tak sempat nak ambik sebab busy ngan baby twin..

Anyway, raya tahun ni amat menyeronokkan sebab dapat baby twin dan amat meletihkan sebab kena bersama2 jaga baby ditambah baby twin kluar masuk hospital sebab kuning.. apa yg dapat aku katakan hanyalah Alhamdulillah.. Thank you Allah..

h1

Twin 13.09.09

September 13, 2009

Salam..

Alhamdulillah, Syida dah selamat melahirkan baby twin pd 13.9.09 di Hospital Columbia Asia Seremban pd pukul 3 & 3.06 pagi.. disebalik kelahiran baby twin ni, ada la pekara yg cemas, terharu dll..

Sebenarnya memang tak sangka Syida akan bersalin sebegini cepat sebab tak de la tanda2 yg tunjukkan dia akan bersalin awal..

Semuanye bermula bile pegi buat weekly check up kat Columbia. Seperti biasa doktor akan scan baby sebelum memberikan nasihat2 atau panduan.. tp pd 12.9.09, doktor dapat detect yg baby boy tu perkembangannye tak berapa bagus sebab berat badan dia makin menurun.. jd doktor nasihatkan utk bersalin secepat mungkin.. doktor kata ” mlm ni pukul 9 datang hospital dan terus masuk labour room utk bersalin”.. tergamam dan tak keruan dibuatnya sbb banyak yg belum sedia lagi dan pd hari tu kena hantar A & A ke Jelebu.. maknenye kene hantar A&A dulu dan terus berpatah balik ke Columbia utk bersalin pada malam tu jugak! Fuhhh!! mcm tak caya je plan ni.. tapi oleh sebab doktor pakar yg nasihatkan.. mgkn ada reason yg kukuh disebaliknya..

Kitorang sampai hospital dlm pukul 9.15 malam dan terus menuju ke labour room.. check tekanan darah, CTG dll dan dlm kul 11 mlm, Syida di induce dan air ketuban dipecahkan..

baru masuk

Sakit mula terasa dan satu suntikan utk mengurangkan sakit diberi.. Syida pun lalok sampai sakit yg tak tertahan. Gas disedut utk mengurangkan sakit sehingga bukaan sebanyak 6cm (pukul 1.30 pagi)..

contraction

Pukul 3 pagi, bukaan dah sampai 10 cm dan tibalah masa utk baby keluar.. first baby  keluar, baby girl.. alhamdulillah.. lepas tu perjuangan diteruskan utk melahirkan baby kedua.. oleh sebab dah tak larat akibat banyak tenaga digunakan utk baby pertama tadi, Syida tak dapat push dgn baik baby kedua ni.. doktor pun dah cuak dan dia mengambil keputusan utk mengeluarkan baby secara vacum.. vakum ni bukan mcm vakum sedut habuk n sampah kat rumah tu, tapi vacum utk tarik kepala baby keluar memandangkan push yg dibuat tak berhasil akibat keletihan.. dlm masa 6 minit, doktor yg pakar nih dapat keluarkan second baby…. alhamdulillah baby boy.. ada la kawan aku since aku dah ada 3 org girl termasuk baby yang pertama keluar td..

Lepas settle semua urusan kelahiran, aku pun keluar labour room utk tengok baby di bersihkan selepas keluar dr perut ibu.. satu persatu midwife tu bersihkan baby.. sejurus semuanya siap dibedung, aku pun mengazankan ditelinga kanan dan mengiqamahkan ditelinga kiri.. itulah permulaan kehidupan baby twin ni dengan mendengar kalimah tauhid yang menyeru utk mentauhidkan Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung. Apa yg aku harapkan agar baby twin ni jadi anak soleh dan solehah dan menjadi hamba Allah yg berguna kepada bangsa dan agama.. Aminn..

Sejurus lepas tu, aku pun mengambil kamera utk ambil gambar kenangan baby twin yg baru lahir ni.. kat bawah ni antara gambar yg diambil..  

kenyit mata

Gambar baby boy tengah kenyit mata ngan baby girl.. baru dapat bersua muka..

taaruf

Sesi ta’aruf..

girl1

gambar baby girl..

jelir

baby girl jelir lidah kat baby boy.. sabar je..

Lepas amik gambar, aku pun pegi Surau utk sujud syukur kpd Allah yg Maha Pemberi dan Maha Penyayang memberikan aku rezeki yg tak ternilai ni.. dah yg penting semuanye selamat dan tidak ada apa2 perkara yg tak diingini berlaku sbb kelahiran kembar ni banyak complication masa delivery.. Itu lah yg berlaku masa baby kedua lahir sbb aku nampak doktor dan midwife cemas tetapi pantas utk keluarkan baby kedua.. rupa2nye tali pusat dia keluar dulu yg mana nurse kat sini kata ianya agak bahaya kepada baby.. Alhamdulillah semuanye selamat…harap hari2 mendatang ni semuanye berjalan lancar dan semuanye sihat…