Pada mulanye tak de la beriya sangat nak pegi Menara KL ni.. tapi disebabkan hadiah cabutan bertuah masa sukan Tadika Amni hampir luput (15.11.2009) kami mengambil keputusan pegi Menara KL walaupun Syida baru habis pantang.. Baby twin ditinggalkan dgn maid kat rumah, hanya Amni & Arham yg ikut..
Perjalanan berpandukan GPS phone Syida.. walaupun tersasar sedikit, tp dengan kebijaksanaan GPS tu, kitorg kembali pd landasan yg betul..
Lepas parking je, terus bergambar di bawah cahaya matahari terik.

Lepas tu, apa lagi Amni & Arham la yg paling excited nak naik… sampai je tak atas, Amni pun tanye “Amni nak naik KL Tower!!” aku pun ketawa dan bagi tau yg dia skrg berada dalam KL Tower.. mgkn dia tak dapat nak bayangkan yg dia sebenarnye berada dipuncak KL Tower.. bile dah nampak bangunan2 dan kereta yg kecik kat bawah, baru lah dia tersengih2 mengiyakan yg dia kat puncak menara..

Amni bergambar berlatarbelakangkan bangunan KLCC

Masa tengok kat bawah, terasa kerdil diri ini melihat betapa keciknye kita disisi Allah bile tengok bangunan, kereta dan manusia yg amat kecik bile dilihat dari menara.. Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa…

Lepas beberapa kali berpusing2 dan menikmati pemandangan cantik ciptaanNya, kitorang pun turun lift dan balik rumah..

Bile dah sampai kat lobby bawah tu, ada lak pameran lebah dan madu lebah asli dan pameran sejarah telekomunikasi kat Malaysia..layan je laa..

Arham tengah tunggu jagung rebus untuk santapan sebelum balik..

Sempat lagi berposing sblm balik.
Lepas tu, kitorg terus ke Bangsar (opis aku) sebab nak kemas bilik opis (baru pindah bilik) dan tujuan sebenarnye nak minta pandangan interior designer aku (Syida la) utk bagi nasihat utk mencantikkan bilik aku yg mandum tu.. lebih2 lg sempena opis aku nak daptkan sijil 5S MPC bulan 12 ni..
